content top



WASIAT RASULULLAH (JIMA')

Bismillaahirrahmaanirrahiim

Ahmad telah menceritakan : “Telah menceritakan kepada kami oleh ‘Amru bin Hafsah dan Abu Naar dari Muhammad bin Al-Haitham dari Ishak bin Hanjih, dari Husaif dari Mujahid daripada Al-Khudri yang berkata : “Rasulullah s.a.w. telah berwasiat kepada Sayyidina Ali bin Abi Talib r.a di mana baginda telah bersabda :

1. “Wahai Ali, bila pengantin perempuan masuk ke dalam rumahmu, maka (suruh ia) tanggalkan kasutnya ketika ia duduk dan (suruh ia) membasuh kedua-dua kakinya. Maka sesungguhnya apabila kamu berbuat demikian Allah mengeluarkan tujuh puluh ( 70 ) jenis kefaqiran dari rumah kamu, dan Allah s.w.t. menurunkan tujuh puluh ( 70 ) rahmat yang sentiasa menaungi di atas kepala pengantin sehingga sentiasa keberkatan itu meratai setiap penjuru rumahmu dan pengantin itu sejahtera dari penyakit gila, sawan (gila babi) dan sopak selama ia berada di dalam rumah tersebut. Laranglah pengantin itu memakan dan meminum empat ( 4 ) jenis makanan ini pada minggu pertama perkawinan yaitu :

1. Susu
2. Cuka
3. Coriander (Ketumbar)
4. Apple Masam”

Sayyidina Ali r.a bertanya : “Wahai Rasulullah, mengapakah empat jenis makanan ini di larang..?”

Baginda menjawab : “Karena rahim perempuan itu kering dan sejuk, dengan sebab dari empat perkara (makanan) ini dapat menghalangi untuk mendapatkan anak. Sesungguhnya tikar di penjuru rumah adalah lebih baik daripada perempuan yang tidak dapat anak.”

Saidina Ali r.a bertanya : “Wahai Rasulullah, mengapakah cuka itu di larang..? (semasa haid dan semasa minggu pertama perkawinan).”

Baginda menjawab : “Apabila ia minum cuka semasa haid, sesungguhnya haidnya itu tidak akan bersih selama-lamanya secara sempurna.

Mengenai Coriander (ketumbar) ia mengganggu haid di dalam perutnya dan mempersulit kelahiran.

Tentang Apple masam, ia menyebabkan menopause (Tidak Haid) sebelum masanya maka menjadikan haid itu berlalu begitu saja dengan sebabnya.”


2. “Wahai Ali..! janganlah engkau berjima’ dengan isterimu pada awal (hari pertama) bulan, pada pertengahannya (sehari) dan pada akhir (dua hari) di akhir bulan. Maka sesungguhnya penyakit gila, gila babi dan sopak mudah mengenainya dan anaknya.”

3. “Wahai Ali..! janganlah berjima’ dengan isterimu selepas zuhur, sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak karena jima’ pada waktu itu, maka ia akan bermata juling dan syaitan sangat suka kepada manusia yang bermata juling.”

4. “Wahai Ali..! janganlah bercakap-cakap semasa jima’, sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak dengan jima’ yang demikian, maka anak itu tidak selamat dari bisu.”

5. “Wahai Ali..! janganlah lihat kepada faraj perempuanmu dan jagalah pandanganmu sewaktu berjima’, (jika tidak) sesungguhnya menyebabkan anak buta.”

6. “Wahai Ali..! janganlah berjima’ dengan perempuanmu dengan syahwat terhadap perempuan lain, maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan kepadamu berdua anak, anak itu akan menjadi anak yang dibenci dan hina.”

7. “Wahai Ali..! jika kamu berjunub di tempat tidur, janganlah membaca Al-Quran, maka sesungguhnya aku bimbang akan turun kepada kamu berdua api (bala) dari langit yang membakar kamu berdua.”

8. “Wahai Ali..! janganlah berjima’ dengan isterimu kecuali ada padamu satu handuk/kain lap dan pada isterimu satu handuk.”

9. “Wahai Ali..! janganlah kamu berdua membersihkan dengan menggunakan satu handuk, nanti salah seorang akan kuat syahwatnya daripada yang lainnya), maka sesungguhnya yang demikian itu akan mengakibatkan permusuhan kemudian membawa kamu berdua kepada pertengkaran(karna salah satunya tidak klimaks/puas) dan talak.”

10. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu secara berdiri, maka sesungguhnya yang demikian itu seperti perbuatan keledai, jika Allah s.w.t. mengaruniakan kepada kamu berdua anak, maka anak itu senantiasa kencing di tempat tidur seperti keledai yang suka kencing di sembarang tempat.”

11. “Wahai Ali..! janganlah berjima’ dengan isterimu pada malam ‘Aidil Fitri, maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengaruniakan kepada kamu berdua anak akan menjadi cacat dan tidak mendapat anak baginya kecuali sudah tua.”

12. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu pada malam ‘Aidil Adha, maka sesungguhnya jika kamu berdua berjima’ pada malam tersebut, apabila Allah s.w.t. mengaruniakan kepada kamu berdua anak aku bimbang ia akan menjadi seorang yang berjari enam atau empat.”

13. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu di bawah cahaya matahari (secara langsung/ditempat terbuka) dan terkena cahayanya, kecuali kamu mengenakan tutupan (bumbung), jika tidak maka sesungguhnya kalau Allah mengaruniakan kepada kamu berdua anak, nanti anak itu akan menjadi seorang  peminta-minta dan faqir sehingga mati.”

14. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu di bawah pohon kayu yang berbuah, maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kamu berdua anak, nanti anak itu akan menjadi seorang yang suka memukul, tukang ribut atau seorang ketua yang bengis,”

15. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu sewaktu antara adzan dan iqomah, jika berjima’ pada waktu demikian, sesungguhnya jika Allah mengurniakan anak pada kamu berdua, nanti ia menjadi seorang yang menumpahkan darah/pembunuh.”

16. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu semasa ia hamil kecuali kamu berdua berwudhu’, jika tidak maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kamu berdua anak, nanti ia akan menjadi seorang yang buta hati dan bakhil tangan.”

17. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu pada pertengahan (Nisfu) Sya’ban, maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan kamu berdua anak,nanti anak itu akan mempunyai tanda yang jelek pada muka dan rambutnya.”

18. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu pada akhir bulan (yakni tinggal dua hari) maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak nanti anak tersebut menjadi seorang yang senantiasa meminta-minta.”

19. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu dengan syahwat terhadap saudara perempuannya (ipar kamu) karena yang demikian itu sesungguhnya kalau Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, nanti anak itu akan menjadi penolong dan pembantu kepada orang yang zalim dan tangannya akan  membuat kebinasaan kepada manusia.”

20. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu di atas loteng maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan anak kepada kamu berdua nanti anak itu menjadi seorang munafiq, dan orang  yang melampaui batas.”

21. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu pada malam kamu hendak keluar musafir karena yang demikian itu sesungguhnya kalau Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, ia akan membelanjakan harta kepada yang tidak Haq,” dan Rasulullah s.a.w. membaca ayat Al-Quran : “Innal Mubazziriina kaanu – ikhwan Nas – Syayathin.”

22. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu bila kamu keluar bermusafir dalam tempo tiga hari tiga malam, maka yang demikian itu sesungguhnya bila Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, nanti ia menjadi seorang pembantu kepada setiap orang yang zalim.”

23. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu pada awal malam, maka sesungguhnya jika dikurniakan anak kepada kamu berdua, ia menjadi seorang tukang sihir, sulap, dan menghendaki dunia daripada akhirat.”


ANJURAN BERJIMA’

24. “Wahai Ali..! jika kamu berjima’ dengan isterimu bacalah : “Allahumma Jannibnis Syaitan Wajanibis Syaitan Mimma Rozaktani.” Maka yang demikian itu kalau Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu anak, tidak dimudharatkan oleh syaitan terhadapnya selama-lamanya.”

25. “Wahai Ali..! hendaklah kamu berjima’ dengan isterimu pada malam senin maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, ia akan menjadi seorang yang berpegang teguh kepada kitab Allah (Al-Quran) dan ridha terhadap segala pemberian Allah s.w.t. (baik dan buruk Qada’ dan Qadar Allah).”

26. “Wahai Ali..! jika kamu berjima’ dengan isterimu pada malam Selasa, Allah s.w.t. akan memberi kepada kamu berdua anak yang mendapat nikmat Mati Syahid dan tidak diazab (turun bala kepadanya) bersama-sama orang musyrikin, mulutnya berbau harum yang akan melembutkan hati orang, bersih lidahnya dari mengumpat,tidak  berdusta dan tidak mengadu-domba.”

27. “Wahai Ali..! jika kamu berjima’ dengan isterimu malam Kamis, maka Allah s.w.t. akan mengurniakan kepada kamu berdua anak yang bijaksana, atau seorang yang alim,di kalangan orang-orang yang alim.”

28. “Wahai Ali..! jika kamu berjima’ dengan isterimu sewaktu matahari di tengah langit, Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua seorang anak yang tidak di hampiri syaitan sehingga ia beruban (tua) dan menjadi seorang yang faqih serta Allah s.w.t. rezekikan kepadanya keselamatan agama dan dunia.”

29. “Wahai Ali..! jika kamu berjima’ dengan isterimu pada malam Jum'at dan nanti anak kamu berdua adalah seorang pandai berpidato/dakwah yang berwibawa dan sopan santun.”

30. “Wahai Ali..! jika kamu berjima’ dengan isterimu pada hari Jum'at, selepas Asar, Allah s.w.t. akan kurniakan seorang anak yang terkenal, masyhur dan alim.”

31. “Wahai Ali..! jika kamu berjima’ dengan isterimu pada malam Jum'at selepas Isya' yang akhir, maka sesungguhnya di harapkan anakmu nanti menjadi seorang yang abdal (terkemuka),”

“WAHAI ALI PELIHARALAH WASIATKU INI SEBAGAIMANA AKU TELAH MEMELIHARANYA DARI JIBRIL A.S."



6 komentar:

Unknown mengatakan...

Mohon pencerahannya min.. no 2: saya pernah baca artikel seperti ini tapi ada sedikit perbedaan,,begini isinya :Wahai Ali..! janganlah engkau berjima’ dengan isterimu pada awal (hari pertama) bulan, pada pertengahannya (2 hari) dan pada akhir (1 hari) di akhir bulan. Maka sesungguhnya penyakit gila, gila babi dan sopak mudah mengenainya dan anaknya.” ,,,punya anda kok 1hari d pertengahan dan 2hari d akhir bulan

Unknown mengatakan...

Mohon pencerahannya min.. no 2: saya pernah baca artikel seperti ini tapi ada sedikit perbedaan,,begini isinya :Wahai Ali..! janganlah engkau berjima’ dengan isterimu pada awal (hari pertama) bulan, pada pertengahannya (2 hari) dan pada akhir (1 hari) di akhir bulan. Maka sesungguhnya penyakit gila, gila babi dan sopak mudah mengenainya dan anaknya.” ,,,punya anda kok 1hari d pertengahan dan 2hari d akhir bulan

Anonim mengatakan...

Hadis tersebut, yang konon nya di riwayat oleh Imam Ahmad Bin Hambal, di hukum hadis PALSU oleh Ibnu al-Jauzi, Syaukani dan Albani

https://jalanakhirat.wordpress.com/2010/12/30/jimak-dan-wasiat-rasulullah-saw/


Hadis ini disebutkan oleh Ibn al-Jauzi dalam kitab beliau kumpulan hadis maudhu (palsu); juga dihukumkan sebagai hadis maudhu (palsu) oleh Asy-Syaukani dalam kitab Al-Fawaid Al-Majmu’ah dan juga oleh Al-Albani dalam Silsilah hadis lemah dan Palsu .

Kesimpulannnya hadis ini PALSU.

Hadis ini disebutkan dengan sanadnya dalam kitab “Al-Amali” atau “Al-Majlis” karya Abu Ja’far Muhammad bin Ali bin Husain bin Babawaih (w. 381 H) dan dikubur di Ray di Iran.

Beliau termasuk ulama Syiah.
http://id.wikishia.net/view/Syaikh_ash-Shaduq

kadishajahmillah mengatakan...

Stainless Steel Ring Earrings in German
The ford escape titanium stainless steel titanium jewelry earrings in German manufacture have tungsten titanium an unique titanium fat bike appearance, and it's unique and elegant. They titanium mountain bikes are designed to create a

Anonim mengatakan...

c141q2coibf948 vibrators,Rabbit Vibrators,vibrators,wholesale sex toys,sex toys,horse dildos,realistic dildos,horse dildos,sex dolls s348a2kknwl060

theyslu mengatakan...

n324b7okrlu146 dog dildo,dildos,Wand Massagers,Wand Massagers,Male masturbators,wholesale sex toys,vibrators,finger vibrator,horse dildo b279f2vvpyy806

Posting Komentar

"Silahkan berkomentar yang baik, dan lebih mendekati pada kebenaran"



Semua Manusia akan rusak,kecuali yang Berilmu... Orang yang berilmu pun akan rusak ,kecuali orang yang beramal... Orang yang beramal juga akan rusak ,kecuali orang yang Ikhlas (Imam Al-Ghozali)